Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahathir dakwa RoS tiada kuasa ‘bubar sementara’ PPBM

5 APRIL: PPBM mendakwa operasi parti itu masih berjalan seperti biasa sehingga tempoh 30 hari tempoh rayuan yang diberikan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tamat.

Ia diumumkan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu pada Khamis di Petaling Jaya.

“Selepas mendengar nasihat peguam parti, kami mendapati tiada peruntukan dalam undang-undang untuk RoS membubar sementara PPBM serta menghalang operasi kami dalam tempoh berkenaan.

“Pada masa sama, kami akur dan akan memenuhi tuntutan notis itu dengan menghantar dokumen berkaitan bagi tujuan proses rayuan kepada Menteri Dalam Negeri

“Namun jika menteri berkaitan tidak meluluskan, kami akan membawa ke mahkamah,” kata bekas perdana menteri itu.

Pada hari ini, Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim dilaporkan berkata PPBM dibubarkan sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa hari ini.

Perintah itu memperuntukkan parti itu diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan serta dihalang aktif seperti biasa dalam tempoh berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 April 2018 11:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: