Kategori Berita Utama

Mahathir dan PPBM sebenarnya pengacau: Sallehen

13 SEPT : PAS menyelar kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang menuduh parti Islam itu sebagai pengacau dan memecahkan undi Melayu sahaja.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mantan perdana menteri itu perlu sedar diri bahawa PPBM yang baharu ditubuhkan adalah sebenarnya pengacau kerana PAS sudah lama bertapak dalam dunia politik.

“Kita kena lihat balik kepada sejarah. PAS ditubuhkan untuk lawan UMNO dan BN. Kalau ada orang datang kemudian, dia yang kacau sebenarnya. Sampai hari ini PAS tak pernah pernah berhenti menentang termasuklah zaman Tun M jadi Presiden UMNO dulu,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Mahathir yang meminta pemimpin PAS bertaubat kerana sejak ia ditubuh, PAS tidak pernah menang di peringkat nasional.

Kata Tun Mahathir, PAS tidak layak untuk menjadi kerajaan kerana sebelum ini PAS menang hanya satu kerusi sahaja dan yang terbanyak ialah 11 kerusi.

“Hakikatnya ialah hanya apabila PAS bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh PAS sebagai, “tahaluf siyasi” baharulah PAS menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali. Tetapi gabungan yang disertai oleh PAS tidak dapat mendiri kerajaan pusat,” jelas mantan Perdana Menteri itu lagi.

Namun Sallehen menjelaskan penolakan untuk bergabung dengan PH adalah kerana prinsip perjuangan PAS yang ingin menukar sistem, bukan seperti Tun Mahathir yang hanya ingin menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

“Kita takkan bersama dengan orang yang menentang prinsip perjuangan PAS. Matlamat kita bukan semata-mata Putrajaya tapi nak ubah sistem.

“Jadi jangan fikir undi PAS adalah pengacau atau memberi satu undi kepada BN, sebab kita akan tetap menentang siapa sahaja yang duduk di tengah apatah lagi yang baru sahaja datang dalam dunia politik,” ujarnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 12:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]