Kategori Berita Utama

Mahathir diumum calon PM bersyarat

7 JAN: Pakatan Harapan (PH) sebulat suara mencalonkan individu berusia 92 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri bersyarat untuk tempoh dua penggal jika gabungan itu menjadi kerajaan Persekutuan.

Menurut Ketua Setiausaha sekretariatnya, Datuk Saifuddin Abdullah, perkara berkenaan dimetarai dalam satu perjanjian yang dinamakan sebagai Muafakat Pakatan Harapan yang ditandatangani pada 6 Januari lalu.

Ia telah ditandatangani Dr Mahathir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Katanya ia adalah bertujuan bagi mempertegas prinsip kebertanggungjawaban dalam urus tadbir negara.

Namun jika sebaik sahaja mandat diberi kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, proses undang-undang untuk mendapatkan pengampunan diraja  harus dibuat bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia bagi membolehkan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan,” kata Saifuddin dalam Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, Ahad.

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Termeloh itu turut juga mengumumkan calon Timbalan Perdana Menteri disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu PH juga memutuskan pengagihan kerusi parlimen di Semenanjung yang melibatkan 165 kerusi iaitu PPBM sebanyak 52 kerusi, PKR (51) kerusi, DAP (35) dan PAN (27).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 January 2018 4:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: