Kategori Berita Utama

Mahathir hipokrit, kata Hishammuddin

10 FEB: Rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa akan mengetuai delegasi pembangkang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerlahkan sikap hipokrasi Pengerusi Pakatan Harapan itu.

Tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ia berbeza semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang mengecam tindakan sedemikian.

“Saya tengok dulu benda-benda macam itu pantang bagi dirinya dan tuduh bahawa pembangkang-pembangkang menjual maruah, menggadaikan kedaulatan dan cuba meraih simpati kuasa-kuasa lain.

“Tetapi sekarang ini lain pula, Jadi orang dapat lihat hipokrasi beliau sekarang dan Dr Mahathir sanggup lakukan bila matlamat menghalalkan cara. Cakap tak serupa bikin,” katanya selepas melancarkan Agenda Pembangunan Perumahan Sembrong di Felcra Sungai 10, Paloh, di Kluang hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas mengulas dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam berhubung rancangan berkenaan..

Tunku Abdul Aziz dilaporkan mendakwa pertemuan dengan pemimpin politik AS yang dijangka berlangsung pada 20 Februari itu bertujuan mahu menggulingkan Najib sebagai perdana menteri dan mendapatkan sokongan sekiranya PH memenangi PRU14.

Pertemuan pemimpin pembangkang dengan pemimpin asing bukanlah satu perkara baharu.

Pada Januari lalu, Dr Mahathir mengetuai pimpinan PH mengadakan pertemuan dengan delegasi EU di ibu kota.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 February 2018 9:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: