Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahathir label PAS sebagai bukan parti Islam

13 MAC: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad melabelkan PAS sebagai parti ‘bukan Islam’ kerana sanggup bekerjasama dengan bukan muslim untuk menyiapkan manifesto partinya.

“PAS kalau bercampur dengan bukan Islam, dia jadi kafir, tak akan dia boleh?

“Dan PAS sebenarnya tahu parti itu tidak boleh campur, orang yang pegang pada prinsip kalau campur dengan kafir, maka dia akan jadi kafir,” katanya di bangunan Parlimen hari ini.

Pada masa sama, Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri mendakwa ia terbukti apabila PAS pernah duduk semeja dengan parti bukan Islam.

“Sebelum ini sebab PAS campur dengan DAP dan saya anggap parti PAS ini tak Islam,” katanya lagi

Bekas Presiden UMNO itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa manifesto parti Islam bersama beberapa parti lain dalam Gagasan Sejahtera dihebahkan sebagai ‘mesra bukan Islam.

Manifesto berkenaan dijangka dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada 18 Mac depan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 6:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: