Kategori Berita Utama

Mahathir lupa hebat di Langkawi kerana jentera BN

16 APRIL: Tun Mahathir Mohamad mempunyai sokongan padu di Pulau Langkawi suatu ketika dahulu kerana jentera yang hebat dari BN, namun kini perlu berjuang atas individu serta parti baharu ditubuhkan.

Jelas Penyandang Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad, ia tidak akan memberi impak besar kepada rakyat di Parlimen itu kerana mereka lebih cenderung menyokong parti yang stabil daripada Tun Mahathir yang pernah mencipta nama di Langkawi dahulu.

“Dulu dia bergerak atas jentera tapi sekarang dia kena bangunkan diri dia sendiri dengan parti baru, rakyat akan ambil kira semua itu, dan mereka takkan berpaling tadah dari BN hanya kerana seorang individu bernama Tun Mahathir.

“Tahap saya dengan dia berbeza, dia bukan level saya, dia level dunia. Kita tahu. Dan kita juga hormat dia sebagai pemimpin parti kita dulu, tapi dalam PRU14 ini keadaannya berbeza, kita lawan tetap lawan,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan bertanding di Parlimen Langkawi pada pilihan raya nanti.

Pencalonan beliau diumumkan oleh Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, semalam.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan semua spekulasi tentang kerusi pilihannya. Beliau sebelum ini mempertimbangkan antara Langkawi, Putrajaya dan Kubang Pasu, di mana beliau menjadi wakil rakyat di situ selama lebih 3 dekad, termasuk ketika menerajui kerajaan selama 22 tahun.

“Saya faham ia akan memberi pengaruh juga kepada pengundi di Langkawi, tapi saya juga yakin yang rakyat tidak akan sewenang-wenangnya menolak BN yang memajukan parlimen ini sehingga hari ini,” ujarnya.

Nawawi pada PRU lalu memenangi kerusi itu  dengan menewaskan Ahmad Abdullah dari PKR dengan majoriti selesa 11,861 undi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 1:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: