Kategori Berita Utama

Mahathir persoal sistem parlimen lepas 22 tahun jadi PM?

6 FEB: Strategi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak habis setakat bergabung dengan pembangkang bagi menjayakan rancangannya, kini disentuh pula tentang institusi parlimen yang kononnya sistem tersebut telah disalahgunakan oleh kerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa sistem yang digunapakai itu harus diubah kerana banyak perkara utama yang kini dikatakan tidak boleh dibahas oleh ahli parlimen pembangkang khususnya.

Dakwanya lagi, sesuatu isu yang dibahaskan kini adalah mengikut persetujuan Speaker, kononnya dikatakan berpihak kepada kerajaan sekaligus menunjukkan ia adalah sandiwara kerajaan dalam menggubal suatu dasar dan perlembagaan dalam Parlimen.

Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) Putrajaya

“Kita lihat parlimen tidak diberi peranan yang sewajarnya, ia hanya untuk tunjukkan sandiwara, kalau pergi pada majoriti, maka ia tak payah nak debat kerana dah cukup undi, itu yang harus kita perbetulkan.

“Sekarang Speaker berpihak kepada kerajaan, kita dulu speaker daripada ahli parlimen, tapi sekarang diambil luar daripada parlimen, lagak speaker itu seolah-olah memihak kepada kerajaan, dan menghalang debat sehingga ahli parlimen tidak boleh berbahas apa yang tidak disukai kerajaan. Dan melalui speaker dewan itu juga ia akan dihalang, tak ada bahas.

“Speaker tidak boleh bermaharajalela seperti sekarang, kita kena buat pengasingan kuasa, Perdana Menteri tidak boleh mengawal kehakiman dan badan eksekutif yang ada,” katanya pada sidang media di Putrajaya, Selasa.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Timbalan pengerusi PH, Mohamad Sabu, Naib Pengerusi PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tun Mahathir berkata ia adalah mustahil untuk membuat sebarang pindaan dalam perlembagaan kerana ia memerlukan dua pertiga majoriti bagi membenarkan perkara itu dilakukan.

Namun ketika ditanya mengapa beliau tidak cuba untuk membuat pindaan tersebut sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dulu, Tun Mahathir dilihat tidak menjawab soalan malah cuba menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 February 2018 1:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: