Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahathir tak ikhlas pejuang hak Malaysia Timur

16 MAC: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dilabelkan sebagai tidak ikhlas dalam memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sebaliknya hanya mahu memancing sokongan rakyat Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum, kata Ahli Parlimen Ranau, Datuk Ewon Ebin.

“Kalau kita lihat ulasan-ulasan Dr Mahathir itu, bukan semuanya betul apa yang dia nyatakan, termasuk isu MA63.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Ewon Ebin

“Semasa beliau menjadi perdana menteri, kita tidak boleh sebut soal MA63 ini, dan jika ada yang menyentuh isu ini, bakal dikenakan tindakan tegas.

“Berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau bersifat terbuka daan mengakui sendiri akan mengembalikan hak sejajar dengan MA63 sekiranya ada yang tidak tertunai selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Projek Inap Desa Lestari Kampung Kilimu, di Ranau hari ini.

Pada  masa sama, Ewon melahirkan keyakinan bahawa Ranau akan kekal menjadi milik BN dalam PRU14.

“Kalau di kawasan ini, kita sudah bersedia, kalau pilihan raya esok pun kita sudah sedia dan selaku Pengerusi BN Ranau, saya yakin Ranau akan tetap milik kita,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 March 2018 4:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: