Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahathir tak mampu, kata MT UMNO

17 APRIL: Sekalipun menang pada PRU14, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan tidak mampu untuk meneruskan pembangunan di Langkawi, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata bekas perdana menteri itu bersama Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai asas kukuh seperti kerajaan BN yang terbukti berkemampuan melaksanakan pembangunan di pulau bebas cukai ini.

“Kalau sudah menjadi wakil rakyat pembangkang, bagaimana nak menolong?

“Menang pun untung dia sahaja. Dia dapat gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen,” katanya di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi malam tadi.

Nazri mengulas keputusan PH meletakkan Dr Mahathir sebagai calon di kerusi Parlimen Langkawi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 6:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: