Kategori Berita Utama

Mahathir tak puas hati kata Hadi patut jadi ustaz

17 APRIL: Tun Mahathir Mohamad menyindir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya balik ke kampung dan mengajar di sekolah agama, bukan memasuki bidang politik.

Jelasnya lagi beliau turut meminta Abdul Hadi membuat rujukan berpandukan Al-Quran supaya tidak sesuka hati mengkafirkan orang Islam yang lain.

“Dia patut jangan masuk politik jadi ustaz di kampung kampung, politik tak tahu apa pun, jauh sekali pentadbiran, apa jadi pada Terengganu?

“Saya nasihatkan Hadi balik ke sekolah-sekolah ajar agama. Kalau tak cukup dia boleh rujuk Al Quran supaya tak mengkafirkan orang islam, ia adalah perkara dilarang, patut belajar lagi supaya fahaman Islam lebih mendalam,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PAS yang bersimpati kepada Tun Mahathir kerana masih terbabit dalam politik ketika berusia lebih 90 tahun.

Sepatutnya Tun Mahathir dikatakan lebih sesuai berkhidmat di Klinik 1Malaysia berbanding menyertai pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 4:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: