Kategori Ekonomi

MAHB nafi bina KLIA3

14 MAC: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menafikan terminal baharu atau KLIA3 akan dibina dalam tempoh lima tahun seperti yang disiarkan media.

Syarikat itu berkata kenyataan Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali semalam, sudah disalah tafsir.

“Tiada rancangan segera untuk membina terminal ketiga di KLIA seperti dilaporkan beberapa akhbar utama hari ini.

“Sebaliknya perancangan syarikat adalah menaik taraf KLIA yang sudah mencapai kapasiti 30 juta penumpang setahun dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun,” kata MAHB hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut KLIA dan KLIA2 mampu menampung 75 juta penumpang setahun dan tahun lalu, kedua-dua terminal sudah mengendalikan sehingga 58.6 juta penumpang.

“Ini bermakna, lapangan terbang ini secara keseluruhan masih mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung pertumbuhan trafik pada masa depan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 5:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: