Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MAHB tidak amal dasar kaunter saringan ikut jantina

2 JULAI: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak pernah melaksanakan, sebagai suatu dasar, sebarang langkah pengasingan antara penumpang lelaki dan wanita semasa proses saringan keselamatan.

MAHB, dalam kenyataan di akaun facebook hari ini berkata, situasi yang diketengahkan menerusi tulisan oleh blogger ‘nicootan’ pada 29 Jun itu berlaku dari semasa ke semasa sebagai masalah terpencil apabila tiada jumlah pegawai keselamatan penerbangan wanita yang mencukupi dalam syif tertentu.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi pemeriksaan keselamatan menyatakan bahawa pemeriksaan keselamatan terhadap seseorang penumpang mesti dilakukan oleh petugas daripada jantina yang sama,” menurut kenyataan itu.

MAHB akan berusaha mencari kaedah untuk menjadikan proses saringan keselamatan lebih efisien dan memastikan penumpang memperoleh pengalaman yang lebih menggembirakan, kata MAHB.

“Kami menghargai maklum balas yang diberi dan kami mohon maaf terhadap sebarang kesulitan tidak disengajakan yang dialami penumpang,” kata kenyataan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 July 2017 6:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: