Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahfuz didakwa persenda video Sultan Pahang gering

14 JAN: Pemuda UMNO Pahang hari ini menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kerana menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik.

Ketua Pemudanya Mohd Shahar Abdullah berkata tindakan itu mencerminkan kebiadapan dan kecetekan akal pemimpin pembangkang itu yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini serta melampaui batas seorang ahli politik.

Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau berkata Mahfuz perlu ingat bahawa meskipun beliau adalah seorang ahli Parlimen, namun dirinya masih tertakluk di bawah undang-undang apabila berceramah di hadapan orang awam.

Berikutan itu Pemuda UMNO Pahang menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan.

Pemuda UMNO juga mendesak Mahfuz membuat permohonan ampun terhadap Sultan Pahang secara terbuka atas tindakannya yang dangkal dan tidak boleh diterima itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 January 2018 6:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: