Kategori Berita Utama

Mahfuz seperti hina Sultan Kedah juga

14 JAN: Seluruh rakyat Pahang amnya terutama di Parlimen Paya Besar amat berdukacita dan kecil hati dengan kenyataan Datuk Mahfuz Omar yang mengaitkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam isu politik.

Malah bagi Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu sangat kurang ajar dan sangat memalukan orang Islam dan Melayu kerana tidak menghormati institusi istana.

“Saya pelik dengan sikapnya yang bergelar ahli parlimen kerana sikapnya sangat tak matang perangai tak berubah dari dulu.

“Dia sedar tak apabila dia menghina Sultan Pahang, samalah macam dia menghina Sultan Kedah. Warga Paya Besar amat terasa bila lihat video gurauan yang disifatkan sebagai kurang ajar yang langsung tak menunjukkan semangat kemelayuan dan keislaman,” luahnya kepada BNBBC.my portal pada Ahad.

Tambah Abdul Manan jika institusi Kesultanan juga dipermainkan dan dicampur adukkan dalam hal politik maka tidak wajarlah Mahfuz digelar sebagai pemimpin rakyat yang mewakili rakyat.

“Sebab banyak sangat makan dedak haram inilah hasilnya cakap pun tak menggunakan otak. Berhentilah jadi MP.

“Apakah ini pegangan Mahfuz selama ini? Lebih baik pulangkan sahaja Darjah Kebesaran ‘Datuk’ kepada Sultan Kedah. Buat malu sahaja kerana peranan Sultan Kedah dan Sultan Pahang adalah sama,” selarnya lagi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai video satu ceramah bekas pemimpin PAS itu yang cuba membandingkan kedudukan Sultan Pahang dengan isu pemilihan Tun M sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan.

Dalam klip video yang menjadi tular di media sosial itu, Mahfuz membidas sikap pemimpin UMNO dan BN yang mempersoalkan pemilihan Tun M yang dianggap sudah tua dan mengaitkan pula dengan Sultan Pahang.

Sikap degil Mahfuz yang enggan memohon maaf kepada Sultan Pahang dan seluruh rakyat Pahang turut dikecam Abdul Manan.

“Semua tahu perangai Mahfuz tapi tak perlulah menggunakan contoh yang menghina. Bagi kami di Pahang Tuanku adalah tungak kepada agama dan dari segi pemerintahan di Pahang,” katanya.

Abdul Manan juga menyifatkan mereka yang menviralkan gambar Sultan Ahmad Shah ketika sedang gering namun tetap diraikan ulangtahun kelahirannya sebagai tidak beretika.

Bagi beliau apa salahnya walaupun gering tetap diraikan kerana Baginda adalah kesayangan rakyat Pahang.

“Kami bangga dengan Sultan kami, maknanya sikit cuit semua tetap akan rasa,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 January 2018 11:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: