Kategori Berita Utama

Mahfuz lupa cermin diri bila tuduh Mukhriz lembab

26 DIS : Bukan main sedap mulut Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar kritik Menteri Besar,  Datuk Mukhriz Mahathir sebagai seorang yang lembab dan lambat bertindak untuk merancang pembangunan di negeri itu selepas mengambil alih pentadbiran daripada PAS pada PRU13 lalu.

“Ini sudah nak masuk hujung tahun, tidak ada apa yang dibuat oleh Mukhriz. Dia kata kena ambil masa sikit. Saya ingat bila orang muda jadi menteri besar, cepatlah sikit dia bertindak. Tapi dia kata perlukan masa pula. Ini membuktikan dia lemah.

“Kita kerajaan PR pada sebelum ini baru setahun perintah, kita sudah ada perancangan. Padan la kita baru setahun perintah dan tidak ada pengalaman mentadbir. Berbanding Mukhriz yang pernah jadi menteri dan ahli parlimen, patutnya dia ada idea yang bernas. Tapi tak ada apa yang dibuat,” katanya.

mukhrizmahfuz

Nantilah Mukhriz bagitahu apa rancangannya untuk majukan Kedah

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, UMNO dan BN tidak boleh buat perancangan seperti lima tahun kerajaan PAS perintah di Kedah.

Sesiapa yang mengenali Mahfuz cukup masak perangainya yang suka hentam sana sini. Ayat mudah, asyik mahu menonjol dan cari publisiti.

Sebelum kritik Mukhriz, Mahfuz yang kalah pemilihan Naib Presiden PAS baru-baru ini patut cermin diri dan tanya diri sendiri apa beliau sudah buat untuk penduduk Pokok Sena.

Tanya juga apa kerajaan PAS Kedah sudah buat ketika lima tahun memerintah negeri Jelapang Padi itu kecuali mengondolkan hutan mengambil balak dan beberapa projek yang kantoi termasuk pelaburan di luar negara.

Mahfuz buat bodoh atau sememangnya bodoh apabila mengharapkan Mukhriz boleh ubah Kedah dalam tempoh tujuh bulan selepas BN ambil semula negeri itu daripada PAS.

Kalau Mukhriz ada lampu ajaib sekalipun, tidak mungkin semula perkara dapat dilaksanakan serta merta.

Namun, Mahfuz tentu tidak berani cakap atau puji Mukhriz bekas timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang berjaya bawa pelaburan dalam jumlah besar di Kedah khususnya di Langkawi sejak beliau jadi Menteri

Blueprint Pelancongan Langkawi 2011-2015

Blueprint Pelancongan Langkawi 2011-2015

Besar.

Ada peribahasa, besar kerak daripada periuk.

Mahfuz yang bijak bermain lidah tentu faham maksudnya cuma kali ini ingin ‘habaq’ maksud sebaliknya.

Kerak yang dimaksudkan adalah kejayaan Mukhriz membawa masuk pelaburan ke Langkawi sehingga November berjumlah RM12 bilion dengan RM8 bilion telah dizahirkan oleh para pelabur.

Jumlah itu jauh melebihi sasaran dalam Blueprint Pelancongan Langkawi yang menggariskan pulau peranginan itu akan menerima pelaburan sebanyak RM5 bilion pada 2015.

Sasaran RM5 bilion tetapi Mukhriz sudah berjaya dapatkan komitmen sebanyak RM12 bilion dengan RM8 bilion sudah jadi kenyataan sedangkan sasaran awal RM5 bilion sehingga tahun 2015.

Itulah maksudnya besar kerak daripada periuk. Itupun baru sedikit Mukhriz sudah buat. Tunggulah, lepas ini pasti banyak lagi projek beri manfaat kepada rakyat Kedah akan diusahakannya tetapi bukan dengan cara tergesa-gesa.

Mahfuz ada ke?

mahfuzsusu

Susu luput tarikh dua haripun Mahfuz jadikan modal politiknya

Mahfuz tak ada apa-apa kecuali luka  gagal pertahan jawatan Naib Presiden PAS masih berdarah.

Mahfuz juga masih ketagih publisiti dan akan cakap apa sahaja termasuk canang isu susu luput tarikh pada Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau, dua bulan lalu.

Beliau boleh tuduh kerajaan Barisan Nasional pandai alih isu atau perhatian termasuk dalam kes Mohamad Sabu dikaitkan dengan ajaran Syiah disebabkan isu harga barang naik.

Sebenarnya, Mahfuz juga pandai alih perhatian rakyat Kedah untuk tunjuk kononnya Mukhriz lembab dan lambat tetapi sebenarnya beliaulah yang lembab dan gagal di Kedah bukan sahaja sebagai ahli parlimen tetapi jugs sebagai Pesuruhjaya PAS negeri.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2013 1:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: