Kategori Berita Utama

Mahfuz tegur wartawan sebab tidak jaga air muka Khalid

4 FEB: Ingatkan selepas naik pangkat menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menjadi lebih bijak mengeluarkan kenyataan, namun  sebaliknya.

Maklumlah, sejak dulu lagi Ahli Parlimen Pokok Sena ini dilihat suka membuat kenyataan yang dinilai sebagai ‘bodoh’ sedangkan jawatan beliau sebagai Naib Presiden dan kini Ketua Penerangan seharusnya menjadikan Mahfuz lebih berhati-hati mengeluarkan pendapat bagi mencerminkan imej PAS.

Terbaru, dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu, beliau menegur  wartawan supaya menghormati dan tidak menjatuhkan air muka Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

mahfuzomarpas1

Mahfuz juga sudah pandai buat satira politik macam Teresa dalam isu video Tahun Baharu Cina,

Dengan bahasa badan dan riak muka serius,  Mahfuz mengigatkan teresadapmedia untuk menghentikan isu pertikaian jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan Khalid masih lagi memegang jawatan itu.

“Kamu jangan jatuhkan maruah MB (Khalid). Hormat beliau. Beliau masih MB Selangor.

“Kita boleh bincang apabila tempat itu kosong. Sekarang kita bincang tentang PRK Kajang sebab tempat itu kosong,” katanya ketika wartawan meminta komen sama ada PAS akan terus mendesak jawatan Menteri Besar diserahkan kepada wakil parti itu.

Persoalannya, adakah Mahfuz menghormati selama ini kepimpinan yang masih lagi memegang tampuk kepimpinan sedia ada, adakah beliau menjaga air muka  Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih Perdana Menteri dan adakah beliau juga menghormati dan menjaga air muka Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang masih lagi Menteri Besar Kedah?

Inilah sikap hipokrit Mahfuz yang selalu bercakap ikut sedap mulut termasuk ketika berada di Dewan Rakyat.

Malangnya,  PAS tidak malu ada pemimpin seperti Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Jika Mahfuz begitu pentingkan soal jaga air muka, beliau wajar menasihatkan  Teresa Kok berkenaan video yang menghina peimimpin negara itu bagi membuktikan belaiu benar-benar mengotakan kenyataan yang dikeluarkan tadi.

Sedangkan mereka yang disindir Teresa iaitu Najib dan isterinya.

Sepatutnya Mahfuz beritahu Teresa, “ kamu kena jaga air muka Najib sebab dia masih Perdana Menteri,”.

Sepatutnya juga beliau kena menghadap cermin dan berkata, “ aku kena jaga air muka Mukhriz sebab dia masih Menteri Besar dan tidak patut aku panggil Mukhriz  ‘Mat Blurr’ nanti orang panggil aku Mr Bean pula.”-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 February 2014 10:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: