Kategori Berita Utama

Mahkamah batalkan saman PR terhadap SPR

7 FEB: Pakatan pembangkang sebenarnya bukan sahaja berhajat menggunakan RM1.6 juta wang rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, malahan kalau boleh mahu Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan semula di seluruh negara.

Namun cubaan memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan PRU-13 di semua 222 kawasan Parlimen pada Mei tahun lalu sebagai tidak sah dan terbatal (null and void) atas alasan wujud kecacatan dalam penggunaan dakwat kekal pada hari mengundi yang membuka ruang kepada penipuan menemui kegagalan.

Sebaliknya saman bersama tiga parti pembangkang iaitu PAS, DAP dan PKR serta lima individu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibatalkkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Hakim Datuk Rosnaini Saub membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan SPR bagi membatalkan saman sivil berkenaan.

Rosnaini turut memerintahkan PAS, DAP, PKR, serta Dr Dzulkefly Ahmad, Saifuddin Nasution, M Manogaran, Arifin Abd Rahman dan R. Abbo membayar kos sebanyak RM10,000.

Dr Dzulkefly, Manogaran dan Saifuddin adalah calon dalam PRU-13 manakala Arifin dan Abbo adalah pengundi.

Saman terhadap SPR oleh tiga parti yang bersekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) itu difailkan pada 15 Julai 2013, kira-kira dua bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

SAMAN PR DITOLAK

SAMAN PR DITOLAK

Dalam satu sidang media bersama di lobi Parlimen selepas saman itu difailkan, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai dan Subang, Nurul Izzah Anwar dan R Sivarasa mendakwa, SPR pada PRU13 itu bersikap berat sebelah dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan proses pilihan raya negara.

“Kami mahu kes mahkamah yang khusus untuk ketengahkan serta mendedahkan isu ini dan perkara yang paling utama ialah mendapatkan pengisytiharaan daripada SPR bahawa mereka gagal untuk melaksanakan dasar perlembagaan, berniat jahat dan tidak jujur berhubung penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 lalu,” kata Sivarasa ketika itu.

PR bertindak menyaman tujuh ahli SPR iaitu Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai defendan pertama selain Timbalan beliau, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta anggota SPR, Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr P Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee dan Datuk Md Yusop Mansor.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2014 6:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: