Kategori Berita Antarabangsa

Mahkamah India keluar waran tangkap terhadap Zakir Naik

21 APRIL: Mahkamah Khas Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) mengeluarkan waran tidak boleh diikat jamin terhadap pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik berhubung kegiatan dakwahnya yang didakwa menjurus kepada keganasan’.

Laporan oleh The Times of India pada semalam menyebut Zakir gagal untuk hadir ke mahkamah, walaupun selepas tiga saman dikeluarkan terhadapnya.

Dalam pada itu, NIA telah mencatatkan kes terhadapnya di bawah Akta Aktiviti Haram, tahun lepas.

Sementara itu, portal berita itu juga melaporkan bahawa kerajaan India sudah memohon Notis Merah Interpol terhadap Zakir, yang juga Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, untuk membendung pergerakan keluar beliau dari  Arab Saudi yang juga lokasi terkini beliau berada.

Sebelum itu pada minggu lalu, mahkamah di negara itu mengeluarkan waran tidak boleh diikat jamin terhadapnya berhubung dakwaan terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Pendakwah berusia 51 tahun itu meninggalkan India tahun lalu, didakwa untuk mengelakkan penahanannya selepas beberapa pelaku serangan keganasan Dhaka mendakwa tindakan keganasan mereka diilhamkan oleh Zakir.

NIA kemudiannya mencatatkan kes terhadap beliau, dan beberapa pegawai organisasinya atas dakwaan menggalakkan permusuhan antara kumpulan yang berbeza atas alasan agama.

Di Malaysia, Zakir baru sahaja menerima anugerah Pahlawan Perkasa dan beliau juga memiliki status pemastautin tetap di negara itu sejak lima tahun lalu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 5:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]