Kategori Berita Antarabangsa

Mahkamah Indonesia putuskan penahanan Equanimity tidak sah

17 APRIL: Mahkamah di Jakarta hari ini memutuskan penahanan kapal layar mewah Equanimity oleh polis republik Indonesia sebagai tidak sah.

Selain itu, kapal terbabit turut diarahkan dikembalikan kepada pemiliknya.

Laporan Portal berita Detik.com memetik Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Ratmono yang berkata, penahanan yang dibuat oleh polis tidak mengikut lunas undang-undang serta tidak memperolehi kebenaran daripada Kementerian Hak Asasi Manusia dan Undang-undang.

Pada 28 Februari lalu, kapal layar yang didakwa milik ahli perniagaan Malaysia Low TaekJho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dirampas sebagai sebahagian daripada penyiasatan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim turut berkata kapal berkenaan tidak sepatutnya dirampas kerana pemiliknya tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 9:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: