Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahkamah keluar waran tangkap editor SR

4 OGOS : Mahkamah Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Editor Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle-Brown.

Beliau didakwa terbabit aktiviti subversif kerana berpakat mahu menganggu sistem demokrasi di Malaysia.

crbWaran tangkap tersebut diserahkan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk dilaksanakan.

Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Datuk Seri Mohmad Salleh dalam kenyataan berkata, pengasas dan pengarang SR itu disiasat mengikut Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

“Kami akan melaksanakan waran tangkap itu dan meletakkan namanya dalam ‘wanted list’ Aseanapol dan Interpol,” katanya.

Clare menubuhkan SarawakReport dan RadioFreeSarawak untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud tetapi gagal sehinggalah Taib Mahmud melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Adenan Satem.

Selepas gagal misi di Sarawak, beliau bersama beberapa ahli perniagaan Malaysia dipercayai terlibat dalam satu konspirasi merosakkan sistem demokrasi di Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 August 2015 8:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: