Kategori Berita Utama

Mahkamah khas bukti kerajaan serius benteras pemerdagangan manusia

13 JAN: Penubuhan Mahkamah Khas jenayah Pemerdagangan Manusia menjelang Jun depan membuktikan kerajaan Malaysia serius membenteras pemerdagangan manusia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perlaksanaan itu bukan bertujuan untuk meningkatkan penarafan negara di mata dunia sebaliknya melicinkan proses pendakwaan serta mempercepatkan proses perbicaraan kesemua suspek yang menyeludup mangsa-mangsa ke negara ini.

“Mahkamah ini cukup penting untuk menterjemahkan keseriusan kita bagi membicarakan kes pemerdagangan manusia sama ada ianya dilakukan oleh individu atau ejen tempatan, atau yang berada di luar Malaysia.

“Ini kerana, soal pemerdagangan manusia merupakan satu isu lama dan kes-kes sebelum ini dibicarakan di mahkamah sivil dengan hakim yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.

“Maka, KDN mencadangkan agar mahkamah khas ini mempunyai seorang hakim yang didedikasikan kepada soal pemerdagangan manusia yang mana hakim itu mempunyai kepakaran,” katanya.

Zahid berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup program Multaqa Permuafakatan di Dewan Datuk Mohamed Jamrah, Batu 17, Sungai Sumun di Bagan Datuk hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai fungsi sebenar mahkamah terbabit, Zahid berkata, selain tujuan pendakwaan, ianya juga berfungsi untuk memastikan nasib mangsa terbela.

“Buat masa ini kami bekerjasama dengan NGO seperti Good Shepherd, TenagaNita yang akan memberikan perlindungan kepada mangsa selain kebebasan untuk bergerak di negara kita.

“Malah, pihak kedutaan Amerika Syarikat juga menawarkan peluang pekerjaan di sebuah hotel di ibu negara selain tawaran daripada pelbagai badan korporat yang menawarkan peluang pekerjaaan kepada mereka diselamatkan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 4:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: