Kategori Berita Utama

Mahkamah Rayuan tangguh permohonan Anwar singkir Shafee

11 DIS  :Mahkamah Rayuan pada Rabu menangguhkan pendengaran permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari mengetuai pendakwaan bagi pihak kerajaan dalam rayuan kes Liwat II.

shafieeabdullah

SHAFIEE…sanggup batal cuti mahu kes disegerakan

Peguam Tommy Thomas yang mewakili Anwar dalam permohonan tersebut berkata beliau memerlukan masa untuk memberi jawapan kepada afidavit Shafee yang baru diterimanya pada pagi ini.

Rayuan pihak pendakwaan ke atas pembebasan Anwar dalam kes Liwat II, yang ditetapkan untuk pendengaran pada hari ini, juga akan didengar pada 19 Disember apabila pengurusan kes dijalankan.

Peguam Anwar, Karpal Singh tidak hadir ke prosiding mahkamah hari ini kerana dirawat di Hospital Kuala Lumpur sejak 7 Disember lalu.

Shafee berhasrat agar kes tersebut dijalankan secepat mungkin dan beliau turut memberitahu Mahgkamah Rayuan bahawa beliau bersedia untuk membatalkan percutiannya bagi tujuan itu.

Baru-baru ini, Anwar cuba untuk menjejaskan kredibiliti  Shafee  apabila mengaitkan beliau dengan kes yang melibatkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Anwar mendakwa Shafee telah menyembunyikan bukti-bukti salahguna kuasa dan rasuah Abdul Ghani sehingga membawa kepada kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura di Mahkamah Antarabangsa.

Bagaimanapun, dakwaan Anwar itu hanya bersandarkan kepada akuan bersumpah yang dibuat oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.

Menurut Anwar, Mat Zain dalam akuan bersumpah itu mendakwa Shafee mempunyai maklumat bahawa Abdul Ghani menerima jumlah wang yang besar dan dimasukkan ke dalam akaunnya di Hong Kong.

“Bagaimana seseorang dengan kredibiliti seperti ini, menyembunyikan bukti-bukti mengenai akaun bank AG (peguam negara) itu diamanahkan oleh kerajaan untuk membawa pendakwaan terhadap kes rayuan saya?

“Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk segera memulakan prosedur dengan Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan pelantikan beliau,” katanya.

Tindakan Anwar cuba mengaitkan Shafee dengan dakwaan rasuah ini sudah boleh dijangka kerana rayuan beliau untuk mengggugurkan Shafee sebagai Timbalan Pendakwaraya dalam kes rayuan liwat II beliau di mana Mahkamah Persekutuan ditolak sebulat suara oleh hakim.–bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 December 2013 2:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: