Kategori Berita Antarabangsa

Mahkamah Singapura tolak permohanan gay ambil anak angkat

28 DIS: Sebuah mahkamah di Singapura menolak permohonan seorang doktor gay tempatan untuk mengambil anak biologinya yang dilahir menerusi ibu tumpang di Amerika Syarikat (AS) sebagai anak angkat.

Menurut undang-undang negara itu, prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) hanya dibenarkan bagi pasangan sudah berkahwin.

Keputusan itu memaparkan kerajaan negara itu masih kekal konservatif dan hubungan seks antara lelaki adalah satu jenayah yang boleh dihukum penjara dua tahun walaupun pendakwaan jarang dibuat.

Bagaimanapun, hakim dalam keputusannya berkata kanak-kanak berusia empat tahun yang dilahirkan di AS itu akan kekal dalam jagaan lelaki berkenaan.

Lelaki terbabit, bersama pasangan homoseksual dilaporkan membayar AS$200,000 (RM812,942) kepada seorang wanita untuk hamil menerusi kaedah IVF.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 December 2017 10:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: