Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahkamah Sweden sayu dengar nota anak mohon maaf

18 FEB: Perbicaraan kes pasangan rakyat Malaysia Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal yang dituduh mendera anak mereka di Sweden bermula pada Selasa, jam 9 pagi atau jam 4 petang tadi waktu Malaysia di Mahkamah Daerah Solna, Stockholm.

Kawasan mahkamah berkenaan dilaporkan sesak sejak awal lagi kerana selain beberapa ahli keluarga Azizul dan Shalwati, pegawai kedutaan Malaysia serta wakil Tourism Malaysia yang hadir, kes ini turut mencuri perhatian wartawan Sweden setelah ia mendapat  liputan meluas media Malaysia.

Kes dimulakan dengan pendakwaraya Anna Ardell membacakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat yang menyenaraikan kejadian-kejadian pasangan berkenaan memukul anak mereka.

Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul anak mereka sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan termasuk dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan mencubit dan memulas telinga.

Anna juga menunjukkan bukti berupa gambar-gambar, serta peralatan yang didakwa digunakan pasangan berkenaan.

Turut dikemukakan Anna, senarai nama beberapa individu yang disoal siasat dalam kes berkenaan termasuk kaunselor dan guru-guru sekolah empat anak-anak Azizul dan Shalwati serta petugas kebajikan.

Peguam Shalwati

Kristofer Stahre
Peguam Shalwati

Sementara peguam Shalwati, Kristofer Stahre berhujah pihak pendakwaan tidak mempunyai seorangpun saksi yang boleh dikemukakan yang melihat Azizul atau Shalwati memukul atau mendera mana-mana anak mereka.

Selain itu, kata Stahre, pihaknya turut menemui sekeping nota tulisan tangan anak lelaki pasangan berkenaan iaitu Ammar, 12, yang memohon maaf kepada ibunya kerana mengadu dipukul kepada rakan-rakan serta gurunya di sekolah.

Keadaan dalam mahkamah dilaporkan menjadi sayu apabila Stahre membacakan kandungan nota itu yang ditulis dalam bahasa Inggeris berbunyi:-

Ammar menulis nota memohon maaf kepada ibunya kerana menjadi punca ibubapanya didakwa mendera.

Ammar menulis nota memohon maaf kepada ibunya kerana menjadi punca ibubapanya didakwa mendera.

Mummy, I’m sorry. It ws my anger that started this. I will always love you and nothing will change that. Love Ammar. P.S – I will always love you.” (Ibu. Maafkan saya kerana kemarahan sayalah yang memulakan semua  ini. Saya akan tetap menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah perasaan itu. Salam sayang dari Ammar. Saya akan tetap sayang ibu)

Untuk rekod kes ini bermula apabila laporan Ammar kepada pihak sekolah dipanjangkan kepada pengetahuan pihak berkuasa Sweden, antara negara yang mempunyai undang-undang  perlindungan kanak-kanak paling ketat di dunia.

Azizul dan Shalwati yang didakwa di bawah perkara 4 “Brottsbalken” (Kanun Jenayah Sweden) kerana “Grov Fridskränkning” (pencabulan integriti kanak-kanak secara kasar).

Jika sabit kesalahan hukumannya adalah penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun, sebelum dihantar pulang  ke Malaysia.

Perbicaraan dijangka berlangsung selama 10 hari.

Azizul dan Shalwati yang direman sejak 18 Disember tahun lalu mengaku tidak bersalah.

Manakala empat anak  mereka iaitu Aisyah, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) sudah dibawa pulang ke tanahair pada 1 Februari lalu dan kini dijaga datuk serta ibu saudara mereka  di Kelantan.

Turut berada di Sweden menyaksikan harii pertama perbicaraan adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

Beliau melantik peguam Sweden Timo Manninen sebagai peguam pemerhati bagi pihak Tourism Malaysia serta Kerajaan Malaysia.-bnbbc.my

Sweden4School

Aisyah, Ammar, Adam dan Arif kini bersekolah di Kelantan

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2014 10:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: