Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahkamah tolak rayuan Khairy

19 FEB: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan yang difailkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam kes saman dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau diperintahkan untuk membayar ganti rugi am sebanyak RM150,000.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan oleh Hakim Tengku Maimun Tuan Mat, Zaleha Yusof dan Zabariah Mohd Yusof sebulat suara membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan notis rayuan.

Tengku Maimun yang mempengerusikan panel itu berkata terdapat beberapa kekaburan dalam notis rayuan.

Beliau memerintahkan Khairy membayar kos sebanyak RM10,000 dan juga menolak permohonan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Khairy untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan bagi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Berikutan itu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September, 2017 yang memerintahkan Khairy membayar ganti rugi am berjumlah RM150,000 kepada Anwar kerana dikatakan menuturkan kata-kata yang berbaur fitnah ke atasnya semasa ceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada 2008, kekal.

Semasa prosiding, peguam R. Sivarasa yang mewakili Anwar berhujah bahawa notis rayuan yang difailkan oleh Khairy mempunyai kecacatan kerana terdapat permohonan berasingan, dengan itu, notis rayuan yang berasingan harus dikemukakan.

Sementara itu, Shafee berkata beliau terkejut dengan keputusan mahkamah dan akan memfailkan rayuan esok dan memohon perintah bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 February 2018 10:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: