Kategori Berita Antarabangsa

Mahkota ‘Virgin’ dicuri

14 MEI: Sebuah mahkota kurun ke-19 yang bernilai kira-kira sejuta euro (RM4.74 juta) dicuri dari muzium seni keagamaan di tengah Perancis, kata pihak berkuasa muzium.

Lapor AFP, Muzium Fourviere dalam satu kenyataan berkata, beberapa pencuri memecah masuk muzium itu di bandar Lyon, malam Jumaat lalu dan berjaya menembusi ‘sistem keselamatan canggih’ bangunan itu.

Mereka melarikan koleksi utama, ‘Crown of the Virgin’ yang dihasilkan pada 1899 dengan 1,791 batu berharga dan mutiara yang dihadiah oleh keluarga kaya di Lyon suatu ketika dahulu.

Selain mahkota, perompak terbabit turut melarikan dua lagi koleksi berharga muzium itu iaitu sebentuk cincin dan sebuah piala.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 May 2017 10:29 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: