Kategori Berita Antarabangsa

Mahluk misteri mungkin bangkai paus

15 MEI: Kemunculan mengejut bangkai ‘makhluk raksasa’ yang terdampar di sebuah pantai di Pulau Seram, Indonesia pada minggu lalu mengejutkan penduduk setempat.

Berikuta itu, gambar raksasa itu mula tular di media sosial, masyarakat mula melontar pelbagai persoalan.

Lapor Jakarta Globe, seorang nelayan, Asrul Tuanakota, 37 berkata pada mulanya dia menyangka menjumpai sebuah bot terkandas di air cetek.

Asrul kemudiannya mengandaikan bahawa ia merupakan bangkai reput yang berukuran 50 kaki panjang yang berkelihatan seperti seekor raksasa sotong.

Sejak itu, kawasan itu dibanjiri penduduk tenpatan untuk mendekatinya dan berswafoto sekalipun air laut bertukar warna merah.

Ketua Sainstis di Ocean Conservancy, George Leonard berkata mahluk berkenaan besar kemungkinan adalah bangkai ikan paus baleen.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan bahagian tulang yang menonjol yang digunakan untuk menapis makanan oleh haiwan itu.

Seram, pulau terbesar dalam kepulauan Maluku terletak berhampiran dengan laluan migrasi bagi ikan paus baleen, jadi ia bukan satu perkara yang mengejutkan untuk melihat bangkai ikan paus di situ, lapor portal  berita Huffington Post.

Bagaimanapun bentuknya yang pelik dikatakan terhasil dari kesan bengkak selepas kematiannya.

Penduduk tempatan dilaporkan meminta kerajaan untuk membantu mereka membuang bangkai tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 May 2017 9:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: