Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mahu jaga maruah umat Islam malangnya dituduh rasis

23 JAN: Castmet Sdn Bhd, syarikat swasta yang didakwa penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar menghalang beliau membuat persembahan dan mengusirnya turun dari pentas kerana memakai tudung tampil membuat penafian mendiskriminasi atau berniat menghina mana-mana bangsa atau agama.

Pengarah Urusannya Tan Keh Wah menerangkan, sebenarnya semua syarat bagi persembahan pada majlis makan malam syarikatnya pada 18 Januari lalu itu sudah dinyatakan lebih awal dan disenaraikan dengan jelas dalam perjanjian antara Casmet dengan sebuah syarikat pengurusan majlis yang dilantik mengendalikan majlis berkenaan.

Antara syarat dalam perjanjian berkenaan ialah supaya syarikat terbabit tidak memilih kumpulan muzik yang mempunyai penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.

“Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam.”

“Bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung,” kata Tan.

Datuk Freddie Fernandez dan Marinatasha menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dalam sidang media Karyawan pada Selasa.

Datuk Freddie Fernandez dan Marinatasha menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dalam sidang media Karyawan pada Selasa.

Pada Selasa Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), selepas menerima laporan rasmi dari Marinatasha termasuk salinan laporan polis yang dibuat penyanyi berkenaan pada Ahad, mengadakan sidang media menyatakan kekesalan di atas insiden yang berlaku itu serta menggesa pengurusan Casmet memohon maaf.

“Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis,” katanya kepada agensi berita Bernama.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 January 2014 12:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: