Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Main teka-teki, PH rahsiakan agihan kerusi di P.Pinang

5 FEB: Pakatan pembangkang mengambil langkah selamat apabila tidak mengumumkan secara rasmi pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada konvesyen gabungan itu,, malam tadi.

Malah, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapannya berulang kali mengingatkan ahli gabungan itu supaya tidak membantah keputusan pembahagian kerusi yang ditetapkan kepemimpinan tertinggi.

“Sudah tentu ada masalah dalam pembahagian kerusi. Akan ada rasa kecewa apabila kawasan yang diharapkan dapat kepada parti lain.

“Sebab itu saya yakin akan ada pihak yang tidak berpuas hati sampai pilihan raya. Yang penting bukan kawasan, apa guna jadi calon tapi kalah,” katanya.

Kenyataan Dr Mahathir itu seolah-olah menguatkan khabar angin bahawa pakatan pembangkang di Pulau Pinang masih gagal mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi DUN.

Minggu lalu, Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan, kecoh apabila akar umbi PPBM tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi DUN di negeri itu.

Pengagihan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan itu diumumkan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saiffuddin Abdullah, pada konvesyen berkenaan, dengan 12 daripadanya milik PKR, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh) dan PPBM (enam), manakala bagi Parlimen setiap parti mendapat dua kerusi.

Kepemimpinan PPBM Negeri Sembilan mendakwa keputusan itu dilakukan tanpa perbincangan dan pengetahuan di peringkat negeri, selain parti itu hanya menerima ‘kawasan hitam’.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2018 9:05 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: