Kategori Berita Utama

MAIS tidak ikut telunjuk UMNO atau kerajaan Persekutuan

24 JAN : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak mengikut telunjuk sesiapa pun sama ada dari pihak UMNO atau kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan tugas berkaitan agama di negeri itu.

Malahan MAIS sendiri pada dasarnya tidak setuju dengan Penyelesaian 10 Perkara yang dikeluarkan oleh Kabinet.

adzibisa

MOHAMAD ADZIB

Penegasan itu dibuat Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dalam kenyataannya, Jumaat.

Menurutnya, prinsip MAIS adalah tegas iaitu mempertahankan Islam dan mempertahankan titah Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri.

Beliau turut membidas, ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang mempersoalkan motif MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam rampasan Bible baru-baru ini.

Malah Khalid juga digesa agar tidak campur tangan dalam kes tersebut yang hanya kerana kes serbuan ke atas Damansara Utama Methodist Centre pada tahun 2011 tidak diteruskan.

Untuk rekod, Pada 3 Ogos 2011 penguatkuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke atas premis Gereja Damansara Utama (DUMC) setelah mendapat maklumat tentang dakwaan percubaan untuk memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran gereja itu.

Menurut Mohamad Adzib, siasatan terhadap kes berkenaan tidak dapat diteruskan kerana wujud tekanan dan campur tangan pihak ketiga.

“Oleh itu, MAIS meminta Khalid dan mana-mana pihak lain supaya tidak mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.

Mohamad Adzim juga mengesa Khalid menyemak semula kesahihan fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang serbuan itu.

MAIS menegaskan kenyataan Khalid bahawa kitab tersebut mempunyai cop pengesahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi penerbitan untuk orang Kristian dan ia bukan dirampas ketika cuba diedar kepada orang Melayu, amat tidak bertanggungjawab kerana ia dibuat tanpa menyemak kesahihan dan kebenaran sesuatu fakta.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 January 2014 11:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: