Kategori Berita Utama

Majlis Peguam tidak patut campuri urusan agama

Majlis Peguam Malaysia tidak sepatutnya mencampuri sebarang hal ehwal keagamaan di negara ini jika badan itu mahu menjadi sebuah badan yang sekular khususnya dalam menyatakan pendirian berhubung penggunaan kalimah ALLAH tanpa mendapat kata sepakat daripada suara majoriti ahli badan itu.

Presiden Persatuan Peguam Muslim, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya kesal dan menyifatkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong pada Isnin lalu sebagai bertentangan dengan pendirian mereka berkenaan kalimah ALLAH.

“Tiada apa-apa untuk sesiapa takut kepada mana-mana pihak dalam memberikan hujah undang-undang mereka di mahkamah.

“Itu bukan isunya. Isunya ialah apa asas undang-undang yang boleh Peguam Malaysia isytiharkan pendiriannya mengenai isu berkaitan dengan kalimah ALLAH tanpa mengambil perhatian kepada ahli-ahli majlis Peguam Malaysia,” katanya dalam  kenyataan media Majlis Peguam Muslim, Sabtu.

zainulrijal

Zainul Rijal

Dalam pada itu, Zainul menegaskan sekiranya benar Peguam Malaysia merasakan bahawa badan itu adalah sebuah badan sekular, badan tersebut tidak perlu mencampuri sebarang urusan yang berkaitan dengan perkara keagamaan.-9/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2013 10:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: