Kategori Berita Utama

Majlis Syura Ulama jadi penentu ‘tahalul siyasi’ PKR

30 APRIL: Keputusan akhir putus ‘tahaluf siyasi’ antara parti itu dengan PKR kini berada di tangan Majlis Syura Ulama selepas para perwakilan di Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Kedah bersetuju menerima usul itu sebulat suara tanpa bahas.

Usul pada lewat petang tadi dibentang oleh Perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Zulkifli Ismail yang menjelaskan perlanggaran yang dilakukan PKR terhadap parti Islam sehingga usul berkenaan timbul.

Perwakilan Muktamar PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah bersetuju dengan usul putus hubungan dengan PKR.

“Saya mewakili Dewan Ulama PAS pusat dan seluruh dewan-dewan yang lain dan kawasan yang mengemukakan usul ini. Sejarah lalu mencatatkan bahawa PAS telah melaksanakan hubungan tahaluf siyasi dengan berbagai pihak di sepanjang tempuh perjuangan PAS ini.

“Maka sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-63, kami mengusulkan supaya tahaluf siyasi antara parti dan PKR diputus dengan tertakluk kepada Majlis Syura Ulama, kita menyerahkan keputusan untuk memutuskan keputusan usul ini kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini usul berkenaan diusulkan oleh 21 PAS kawasan dalam mesyuarat agung masing-masing serta tiga sayap parti itu iaitu Dewan Ulama, Muslimat serta Pemuda.

Usul berkenaan kemudiannya disokong oleh Perwakilan Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang meminta supaya keputusan itu dibuat dalam tempoh segera.

Sejurus itu, Pengerusi Tetap, Hussin Ismail kemudiannya bertanyakan kepada para perwakilan sama ada mereka setuju dan disambut seluruh perwakilan dengan laungan ‘setuju’ sambil berdiri menyatakan sokongan mereka.

Sementara itu, Zulkifli (foto) dalam pembentangannya berkata keputusan mengemukakan usul berkenaan dibuat dengan merujuk kepada perlembagaan parti.

“Selain itu panduan yang ditetapkan Majlis Syura Ulama juga menjadi rujukan iaitu perhubungan perlu disertakan dengan persetujuan pelaksanaan dan dasar-dasar Islam,” katanya lagi.

Tambah Zulkifli, terdapat banyak pelanggaran syarat berlaku sepanjang tempoh berlangsungnya tahaluf siyasi antara PAS dan PKR sejak bersama dalam pakatan pembangkang.

“Antaranya adalah kegagalan PKR untuk memberi sokongan kepada usaha PAS memperkasakan Mahkamah Syariah melalui Pindaan Akta 355 serta berseteru dengan pendirian DAP yang menentang keras Pindaan Akta 355 ini.

“Selain itu kenyataan-kenyataan pimpinan parti itu yang secara terbuka memperlihatkan keceluparan mereka terhadap PAS sekali gus tindakan yang tidak menunjukkan semangat setiakawan,” jelasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 April 2017 8:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: