Kategori Berita Utama

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara mesyuarat sebelum Februari ini

22 JAN : Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan dibuat secepat mungkin selewat-lewatnya Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya sedang menguruskan penyerahan surat rasmi lantikan kepada angota-anggota yang dilantik pada setiap kluster.

“Kita akan ada 5 kluster yang akan diwujudkan untuk fokus pada pendikkan. kerana nak pastikan bahawa etika dan undang-undang ini perlu dimulakan dari sekolah lagi.

“Kita juga akan beri penekanan dalam kos sara hidup. Mesyuarat itu akan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri atau timbalan Perdanan menteri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Putrajaya, Isnin.

Sebelum ini Hamzah telah mengumumkan tentang Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO lalu.

Menurutnya ia adalah langkah proaktif untuk menangani peningkatan kos sara hidup yang menjadi kebimbangan utama rakyat negara ini.

Penubuhan majlis itu mendapat persetujuan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti dicadangkan oleh wakil UMNO Sabah, Jamawi Jaafar sebelum itu.

Hamzah berkata, beliau sudah membawa hal berkaitan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke mesyuarat Kabinet semalam serta membentangkan tindakan yang bakal diambil.

Selain itu, katanya, kedudukan Jawatankuasa Kabinet Menangani Kos Sara Hidup ketika ini juga akan diumumkan kemudian.

Beliau turut berkata mesyuarat pertama akan diadakan adalah selepas semua terma rujukan yang bakal dibentangkan pada minggu pertama Januari depan mendapat persetujuan kerajaan

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 January 2018 1:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: