Kategori Berita Utama

Malaysia akan hancur jika ikut kata pembangkang

4 OGOS : Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad mempersoal tindakan pembangkang yang mempertikai arahan Speaker bagi menangguhkan lima sesi mesyuarat Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Jelasnya, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pastinya telah membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan aturan mesyuarat dan ia tidak seharusnya dipertikaikan oleh  semua pihak termasuk pembangkang.

FELDA 1“Kalau dengar cakap pembangkang, negara mesti hancur lama dah, sebab Speaker mesti dah meneliti aturan yang ada dan kenapa beliau membuat arahan sedemikian,

“Jadi apa masalahnya kalau ditangguh pun, ada 2 bulan sahaja, bulan 10 dah mula sidang parlimen, tak ada apa yang nak diriuhkan,” katanya pada sidang media di majlis rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri, Selasa.

Terdahulu, Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan ketidakpuasan hati dengan mempertikai keputusan penangguhan lima sesi mesyuarat yang dibuat Speaker itu.

Hal ini kerana jelas Ahli Jawatankuasanya, Tony Pua mendakwa Speaker tiada hak untuk menangguhkan mesyuarat tersebut tanpa membuat sebarang perbincangan dengan pihaknya.

FELDA 5Namun Isa menjelaskan, tindakan tersebut hanyalah provokasi pembangkang yang sengaja menghangatkan lagi keadaan supaya rakyat marah pada kerajaan dan UMNO BN.

“Pembangkang ni dia hidup atas isu sahaja, jadi mereka akan cuba mempolitikkan semua keadaan, sampai kata Malaysia ni sebuah negara ‘rubber stamp’

“Kalau speaker buat macam-macam kenyataan, takkan nak kata kerajaan ‘rubber stamp’, ini bermakna pembangkang tengah cari isu supaya menambahkan lagi isu yang ada untuk perjuangan mereka kononnya,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 August 2015 6:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: