Kategori Ekonomi

Malaysia kaji semula TPP

9 JUN: Kerajaan bakal mengkaji semula perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) kerana berpandangan tidak memberi kelebihan kepada negara ekonomi kecil seperti Malaysia.

Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beberapa syarat dalam perjanjian itu dimasukkan oleh Amerika Syarikat (AS) sebelum negara itu menarik diri daripada rangka kerja berkenaan.

Meskipun beliau tidak menolak signifikan perjanjian seperti TPP, namun Dr Mahathir dilaporkan berkata Malaysia hanya mampu menjual sedikit sahaja dan membeli lebih banyak dalam suasana perdagangan bebeas itu.

“Negara yang kecil dan lemah ekonomi perlu diberikan peluang untuk melindungi produk-produk mereka.

“Sehubungan itu, kami perlu mengkaji semula (TPP).

“Penting untuk mempertimbangkan tahap pembangunan sesebuah negara,” katanya dalam temubual Nikkei Asian Review semalam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 June 2018 5:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: