Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Malaysia-AS desak Myanmar henti keganasan atas Rohingya

14 SEPT: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kesepakatan untuk mendesak Myanmar menghentikan segera keganasan terhadap etnik Rohingya dan membenarkan bantuan sampai kepada mangsa.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden AS, Donald Trump semalam, mereka sependapat kerjasama kukuh perlu membabitkan masyarakat antarabangsa dalam menangani keganasan terhadap ribuan mangsa termasuk yang melarikan diri ke Bangladesh.

Sementara itu, Najib berkata beliau mengotakan janjinya kepada warga Malaysia dengan membawa isu berkenaan dalam pertemuan dengan Trump.

Perdana Menteri berkata, Trump berkongsi kesedihan beliau dalam isu itu dan masing-masing mahu ia dihentikan.

Menurutnya, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak AS, tetapi kemungkinan besar akan ada bantuan kemanusiaan dihulurkan bagi membantu kesengsaraan etnik Rohingya.

Najib berkata demikian dalam ucaptama Forum Banyan Tree Leadership di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CISS), di Washington hari ini.

Acara berkenaan dianjurkan bersama oleh CSIS dan Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS).

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 September 2017 10:48 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]