Kategori Ekonomi

Malaysia catat 6 peratus KDNK tahun lalu

12 FEB : Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan tahun lalu dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) direkod berkembang 6 peratus berbanding 4.7 peratus pada 2013.

2014Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, prestasi kukuh KDNK 2014 didorong oleh peningkatan penggunaan domestik dalam perkhidmatan dan pembuatan, terutama dalam suku keempat yang mencatatkan pertumbuhan 5.8 peratus berbanding 5.6 peratus pada suku ketiga.

“Ia dipacu terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta yang lebih kukuh,” katanya sewaktu mengumumkan perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia pada suku keempat 2014, Khamis.

Menurutnya, permintaan dalam negeri kekal sebagai peneraju pertumbuhan pada suku keempat didorong aktiviti sektor swasta yang lebih baik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 1:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: