Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Malaysia kutuk kematian Kayla Mueller

12 FEB: Malaysia bersimpati dengan nasib warga Amerika Syarikat (AS), Kayla Mueller yang ditangkap oleh Kumpulan militan Negara Islam (IS) pada tahun 2013 yang dilaporkan terbunuh di Syria pada 6 Februari lalu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan media berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penangkapan dan penahanan terhadap orang awam yang tidak bersalah.

Kerajaan Malaysia turut menegaskan IS menyumbang kepada kematian Kayla Mueller meskipun IS mendakwa Mueller maut akibat serangan udara yang dilancarkan tentera pakatan di Syria.

kayla IS“Malaysia menyampaikan ucapan simpati serta takziah kepada keluarga Mueller dan kerajaan AS. Semoga keluarga beliau diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat getir ini,” kata kenyataan itu, Khamis .

Media baru-baru ini melaporkan dakwaan IS serangan udara yang dilancarkan tentera pakatan di Syria mengakibatkan seorang tawanan warga AS, Mueller terkorban.

IS dalam satu kenyataan yang dimuat turun di laman webnya berkata, Mueller mati selepas tertimbus di bawah runtuhan bangunan akibat dibedil jet pejuang Jordan di Raqa.

Mueller yang merupakan seorang pekerja perubatan ditawan IS pada Ogos 2013 di Aleppo selepas meninggalkan hospital yang dikelola kumpulan sukarelawan, Doctors Without Borders.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 7:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: