Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Malaysia kutuk serangan di masjid Afganistan

21 OKT: Kerajaan Malaysia mengutuk ‘keras’ serangan bunuh diri di dua masjid di Afghanistan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 72 orang termasuk kanak-kanak semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan Twitternya menyifatkan serangan itu sebagai kejam.

“Tindakan itu tidak mempunyai tempat di dalam Islam.

“Ekstremis tidak mempunyai tempat di dalam Islam,” jelas beliau hari ini.

Sebelum ini laporan Reuters menyebut bahawa serangan pertama berlaku di masjid milik penganut Syiah di wilayah Dasht-e-Barchi, Kabul yang dilaporkan mengorbankan 39 orang.

Manakala satu lagi serangan berlaku di sebuah masjid di wilayah Ghor, yang mengorbankan lebih 30 orang.

Kumpulan militan Daesh dilaporkan mengaku bertanggungjawab terhadap satu daripada serangan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 October 2017 10:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: