Kategori Berita Utama

Malaysia punyai kepakaran eksport tenaga mahir ke luar negara

23 OKT: Malaysia mampu mengeksport kepakaran tenaga berkemahiran tinggi ke luar negara bagi membantu membina projek-projek mega infrastruktur di negara-negara lain yang memerlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini merupakan manfaat sampingan yang diperoleh dari negara ini selagi kerajaan membina projek-projek untuk rakyat dan melabur dalam pengukuhan modal insan.

Katanya, hal ini kerana sistem Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) yang diperkenalkan kerajaan turu membantu mewujudkan golongan berkemahiran tinggi.

“Mesti ada tulang belakang dalam sistem rel kita dan kita sebenarnya lebih daripada itu, jika kena gayanya, kita mungkin dapat mengeksport tenaga berkemahiran tinggi dan bernilai tinggi ke luar negara untuk membantu membina projek-projek infrastruktur di negara-negara yang memerlukan, ” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Simposium Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Isa Samad.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2017 6:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: