Kategori Berita Antarabangsa

Malaysia negara Asia ke-5 paling gembira

14 MAC: Finland diletakkan sebagai negara paling gembira di dunia 2018 berdasarkan satu tinjauan tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan hari ini.

Negara dalam semenanjung Skandinavia itu meningkat daripada kedudukan kelima tahun lalu untuk mengatasi Norway, Denmark dan Iceland pada kedudukan teratas.

Foto hiasan

Manakala Malaysia berada di kedudukan 35 berbanding 42 pada tahun lalu.

Dalam kalangan negara Asia, Malaysia berkedudukan kelima selepas UAE (20), Taiwan (26), Arab Saudi (33) dan Singapura (34).

Burundi berada dalam senarai terbawah dalam tinjauan berkenaan.

Laporan Kegembiraan Dunia 2018 diterbitkan Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari (SDSN) PBB.

Ia menyenaraikan 158 negara berdasarkan markah untuk kriteria termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita, sokongan sosial, jangka hayat sihat, kebebasan sosial, sikap bermurah hati dan tahap rasuah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 11:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: