Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

‘Malaysia paling saya cintai’, kata Duta Besar China

29 OKT: Duta Besar China, Dr Huang Huikang mengucapkan selamat tinggal kepada Malaysia bermula esok selepas empat tahun berkhidmat di Kuala Lumpur, disifatkan antara diplomat asing paling berprofil tinggi yang dikenali oleh rakyat negara ini.

Pendedahan beliau dalam media tempatan mungkin dicemburui diplomat lain tetapi semua itu berlaku ekoran keakraban hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Ia juga berbetulan sebagau ulang tahun 40 Tahun hubungan diplomatik yang diusahakan oleh Tun Abdul Razak Hussein dan legasi itu diperkukuhkan lagi oleh anak beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini perdana menteri negara.

“Hubungan dua hala itu kini memasuki tempoh terbaik dalam sejarah dan sentiasa diutamakan dalam hubungan China dengan negara ASEAN,” kata Dr Huang pada majlis makan malam perpisahan yang dihoskan beliau di ibukota pada Jumaat.

Pelaburan langsung asing China di Malaysia juga membawa kepada usaha sama seperti Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan taman serupa di Kuantan, Melaka Gateway, Landasan Kereta Api Pantai Timur, kerjasama Geely-Proton, Zon Perdagangan Bebas Digital dan  projek-projek penting lain.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia untuk lapan tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan mencecah AS$100 bilion.

Ia juga menjadi sumber pelaburan asing terbesar dalam pembuatan, kontraktor utama pembinaan dan satu daripada sumber terbesar pelancong asing ke Malaysia.

Sepanjang berkhidmat di negara ini, Dr Huang pernah menerima banyak anugerah atas kecemerlangannya yang lebih menonjol berbanding diplomat asing di Kuala Lumpur termasuk Duta China Terbaik ke Malaysia, Rakan Baik Malaysia, Rakan Baik Komuniti Cina dan Rakan Baik Pendidikan Cina.

Pada majlis makan malam perpisahan itu, satu lagi anugerah diberikan kepada beliau iaitu Anugerah Diplomat  Brand Laureate yang disampaikan oleh Presidennya, KK Johan.

“Sebagai veteran dalam diplomasi, saya telah meninggalkan jejak saya hampir di semua tempat di dunia, tetapi selain tanahair saya, China, Malaysia yang paling dicintai,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 October 2017 3:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: