Kategori Berita Utama

Malaysia perlu perkukuhkan kestabilan politik dan sosial

10 MEI: Masa hadapan Malaysia amat bergantung kepada kestabilan politik dan sosial yang melibatkan kepelbagaian agama dan kaum di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua elemen itu penting dan perlu diperkukuhkan bagi mewujudkan keharmonian rakyat untuk Malaysia mencapai taraf negara maju pada masa hadapan.

“Saya percaya sekiranya kita mahu membawa negara kehadapan dengan lebih cemerlang tanpa mengira keturunan, agama dan budaya, asasnya ialah kestabilan sama ada dalam politik mahupun kestabilan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap majlis minum petang sempena sambutan Hari Wesak Peringkat Kebangsaan di Samadhi Vihara, Bukit Raja, Klang pada Rabu.

Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Perdana Menteri lagi, nilai-nilai kesamaan tanpa mengira agama dan bangsa perlu diterjemahkan melalui persefahaman dan saling hormat menghormati antara kaum di negara ini.

“Kestabilan politik dan sosial hanya boleh dicapai melalui perasaan saling memahami dan hormat-menghormati antara kaum.

“Ianya telah berjaya dihasilkan oleh pemimpin terdahulu sepertu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lok, Tun Sambathan dan lain-lain lagi, membentuk kestabilan politik dan sosial pada masa itu,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri juga mengingatkan semua agama menolak ekstremis dan keganasan.

“Kita kena pastikan fahaman ekstremis tidak mempengaruhi diri kita dalam apa cara sekalipun.

“Terdapat golongan ekstremis di kalangan rakyat negara ini, sama ada ekstremis Islam, Budha, Kristian atau Hindu.” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 May 2017 6:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: