Kategori Ekonomi

Malaysia-Sri Lanka meterai 3 MoU

18 DIS: Malaysia dan Sri Lanka hari ini memeterai tiga perjanjian persefahaman (MoU) membabitkan kerjasama latihan pegawai diplomat, bidang sains, teknologi dan inovasi serta bioteknologi.

MoU pertama adalah antara Kerajaan Malaysia dan Sri Lanka bagi kerjasama dalam bidang Latihan Bagi Diplomat dengan Malaysia diwakili Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Naina Merican manakala Sri Lanka diwakili Menteri Luarnya, Tilak Marapana.

Kedua, kerjasama dalam ‘Foresight and Science2Action’ (Wawasan dan Inisiatif Sains Untuk Tindakan) antara Sekretariat Penyelarasan bagi Sains, Teknologi dan Inovasi Sri Lanka (COSTI) yang diwakili Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Penyelidikan Sri Lanka, Udaya R Seneviratne dan Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MiGHT) diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman.

Ketiga, MoU kerjasama Aktiviti Sains, Teknologi dan Inovasi serta Sektor Bioteknologi antara Malaysian Bioeconomy Develoment Corperation Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain manakala COSTI juga diwakili Seneviratne.

MoU berkenaan ditandatangani dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena, ketika kedua-dua negara meraikan sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun ini.

Najib dalam rangka lawatan tiga hari ke negara itu yang juga lawatan rasmi pertamanya sejak menjadi Perdana Menteri.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 December 2017 5:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: