Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Malaysia terpaksa berhadapan ancaman baharu

9 JUN: Malaysia terpaksa berhadapan cabaran baharu susulan kesan dan risiko geopolitik dunia yang tidak menentu ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mengikuti rapat dan memantau serius perkembangan ancaman geopolitik ini bagi menangani risikonya dengan bijak.

“Kita menyedari bahawa ada satu risiko baru yang lebih serius terpaksa kita tangani iaitu ancaman risiko geopolitik dunia.

“Ini berikutan dengan krisis antara negara teluk, ancaman program balistik Korea Utara, dan malam tadi kita lihat keputusan ahli Parlimen di UK membawa peningkatan ketidak tentuan geopolitik dunia,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di ibu negara, pada Jumaat.

Hadir sama pada sidang media ialah para pemimpin utama UMNO.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia terpaksa menangani ancaman baru ini dengan bijak dengan keputusan yang betul dan tepat diambil, sekaligus dapat mengelak risiko yang bakal berlaku susulan ancaman tersebut.

“Ini satu fenomena baru dan terpaksa kita pantau dan membuat langkah-langkah untuk keputusan yang tepat diambil nanti,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 June 2017 7:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: