Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenUncategorized

Malaysia tetap lebih dari Korea Utara

13 MAC:  Malaysia mempunyai kelebihan dibantu negara lain sekiranya ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara berlanjutan kepada peperangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa negara mempunyai hubungan bilateral dengan 26 negara lain yang mempunyai aset pertahanan canggih.

“Jangan ingat kita hanya bergantung kepada aset kita sendiri. Kita mempunyai hubungan bilateral dengan banyak negara.

“Contohnya, masa insiden MH370 kita tiada aset untuk mencari kapal terbang yang hilang tapi ada negara bantu kita dengan peralatan yang canggih. Tidak mungkin kita menyaingi Korea Utara (dari segi aset pertahanan) tapi tak bermakna kita tak ada kelebihan sendiri untuk berdepan apa jua kemungkinan,” katanya di lobi Parlimen pada Isnin.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara menjadi tegang selepas pengusiran Duta Korea Utara di Malaysia Kang Chol pada minggu lalu

Bagaimanapun kesemuanya bermula semasa pembunuhan Kim Jong-nam iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Situasi semakin buruk apabila Korea Utara melarang rakyat Malaysia keluar dari negara itu dan diikuti tindakan sama oleh kerajaan Malaysia.

Berikutan itu ramai melahirkan rasa kebimbangan sekiranya Malaysia akan terlibat dalam perang dengan Korea Utara.

Bagaimanapun, Hishammuddin menegaskan, beliau yakin ketegangan tidak akan mencetuskan peperangan.

“Kalau tanya adakah sampai tahap perang, saya kata tidak. Walaupun suasana sungguh tegang tapi tidaklah sampai kita nak berperang.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 March 2017 8:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]