Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Malaysia tidak beri perlindungan kepada pemimpin HAMAS- TPM

7 JUN: Malaysia menolak tuduhan kononnya memberi perlindungan kepada tiga pemimpin HAMAS yang diarahkan keluar dari Qatar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menafikannya turut menyangkal laporan berita Israel kononnya tiga pemimpin tertinggi HAMAS termasuk Saleh Al-Arouri berada di Malaysia.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) berkata, risikan pasukan keselamatan menunjukkan tiada rekod kemasukan tokoh HAMAS itu ke negara ini.

“Kita menolak khabar angin yang mendakwa tiga tokoh HAMAS dari Palestin yang selama ini dapat perlindungan di Qatar, kini berada di Malaysia.

“Nama yang diperoleh dari sumber risikan sudah disemak di Jabatan Imigresen. Nama itu tiada (dalam rekod masuk) ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas merasmikan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan bersama warga KDN di Masjid Solihin, Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, pada Rabu.

The Times of Israel hari ini mendakwa, pemimpin tertinggi HAMAS, Saleh Al-Arouri yang diarah keluar oleh Qatar dan bertanggungjawab mengurus dan memberi arahan kepada ahli gerakan itu di Tebing Barat, berada di Malaysia.

Beliau antara tokoh tertinggi Hamas yang meninggalkan Qatar atas permintaan negara itu.

Laporan itu menyebut, Saleh turut menuju ke Lubnan dan Turki untuk mendapatkan perlindungan.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan bilangan pemimpin HAMAS yang diusir tetapi berkata organisasi Palestin itu menafikan pemimpinnya diarahkan meninggalkan Qatar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 June 2017 10:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: