Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

‘Man Namblast’ direman empat hari hingga Jumaat

12 FEB: Polis sudah mendapat kebenaran untuk menahan reman pemilik akaun Facebook ‘Man Nambalast’ yang dikatakan memuat naik kenyataan berbaur hasutan dan perkauman mengenai sambutan Thaipusam selama empat hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek, seorang guru sekolah menengah di Segambut berusia 35 tahun ditahan di rumahnya di Batu Caves kira-kira jam 12.30 tengah hari Isnin.

Susulan penahanan itu, polis bersama pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) merampas satu Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan sebuah modem di kediaman suspek.

ACP-Abdul-rahim OCPD Gombak

ACP Abdul Rahim Abdulllah
Ketua Polis Daerah Gombak

“Suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan kes disiasat mengikut Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” kata Abdul Rahim kepada agensi berita Bernama.

Pada 17 Januari lalu, pemilik akaun Facebook ‘Man Nambalast’ dan ‘Mohamed Hidayat’ memuat naik status yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu semasa sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter beliau kelmarin mengesahkan penangkapan suspek-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2014 7:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: