Kategori Berita Utama

Mana-mana parti pemerintah akan laksana bajet sama dengan BN

28 OKT: Secara keseluruhannya Bajet 2018 kali ini lebih baik berbanding tahun dulu kerana memberi penekanan lebih kepada semua pihak termasuk di negeri pembangkang.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Salawati Mat Basir, meskipun terdapat kritikan namun ia adalah perkara biasa yang dilalui kerajaan.

Baik bajet yang dibentangkan kerajaan mahupun pembangkang, kedua-duanya ada kritikan tersendiri, termasuk belanjawan syariah PAS.

“Jangan lihat ia dalam bentuk permainan politik yang penting bajet 2018 menyentuh pelbagai dasar untuk semua lapisan masyarakat.

“Berbeza dengan yang dulu, bajetnya tidak diberi lebih di negeri pembangkang, tetapi kali ini pengagihannya lebih kepada sama rata kepada semua pihak.

“Lebih tersusun dan positif untuk jangka masa pendek dan panjang kerana bajet yang dibuat adalah di atas kemampuan,” ulasnya kepada BNBBC.my portal pada Sabtu.

Mengulas lanjut Salawati berkata pengagihan sama banyak dengan negeri pembangkang itu bukan bermakna sebagai tarikan supaya rakyat mengundi UMNO BN, kerana mana-mana parti yang menjadi pemerintah akan membuat perkara yang sama juga.

“Semua bajet pun gula-gula juga agar terus di sokong rakyat. Pada saya sekadar persepsi dan propaganda.

“Saya rasa secara keseluruhan adalah amat baik walaupun ada kritikan tetapi itu perkara biasa. Kerajaan telah buat yang terbaik dan termampu untuk memberikan kesejahteraan kepada semua walaupun ada yang tak berpuas hati,” ulasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 October 2017 3:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: