Kategori Analisa Isu Semasa

MANA WANG TABUNG WIRA LAHAD DATU KUTIPAN PAS

Sudah sembilan bulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, namun mereka yang terbabit dengan tragedi itu tidak pernah dilupakan.

Di Sri Perdana, Putrajaya satu lagi majlis bagi meraikan waris kepada perwira negara yang telah terkorban dalam insiden itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis iyu mengumumkan,  balu kepada wira negara akan menerima sumbangan sara hidup RM800 setiap bulan, RM500 (anak di bawah 18 tahun) dan RM400 (ibu bapa kepada wira yang bujang).

‘Anak mereka yang terkoban turut menerima sumbangan pendidikan secara bulanan iaitu RM200 kepada anak di peringkat prasekolah, RM300 (anak peringkat sekolah rendah) dan RM500 (anak peringkat sekolah menengah).

”Selain sumbangan berjadual, ahli keluarga wira juga memperoleh sumbangan sekali gus iaitu RM22,000 bagi keluarga wira yang terkorban, wira alami kecederaan parah (RM10,000), kecederaan ringan (RM5,000), ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (RM10,000),” katanya.

tabungwiraPerdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan sumbangan Tabung Wira Negara kepada ahli keluarga wira yang terkorban dan pegawai yang cedera dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Sejak dilancarkan pada 11 Mac lalu di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, Tabung Wira Negara berjaya mengumpul lebih RM3.2 juta hasil sumbangan daripada penjawat awam Persekutuan, negeri, badan-badan berkanun serta melalui tajaan lain.

Namun yang menjadi persoalannya sekarang ialah, kenapa sehingga hari ini masyarakat langsung tidak mendengar cerita mengenai Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dilancarkan pada 7 Mac oleh PAS.

Senyap dan sunyi. Seolah-olah tabung tersebut langsung tidak wujud sama sekali.

Sedangkan sebelum ini lidah rasmi PAS, Harakah begitu hebat mempromosikan tabung tersebut yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Itu belum lagi diambil kira melalui kutipan derma yang dianjurkan sepanjang kempen ‘road tour’ mereka.

Malah menurut maklumat yang diterima, di akhir ceramah anjuran pakatan pembangkang, hampir setiap malam mereka mengedarkan ‘karung duit’ bagi mengutip derma daripada para hadirin yang hadir kononnya untuk membantu keluarga mangsa tragedi.

Masakan tiada sambutan langsung dari pengikut, ahli, penyokong dan dermawan PAS.

Apakah isyarat senyap dan sunyi itu bermaksud kutipan tabung tersebut GAGAL mengutip walaupun RM10.00?. Adakah semua mereka kededut?

Sudah tentu tidak. Ini kerana PAS yang selama ini mendakwa sebagai pejuang Islam sudah tentu berjaya mendidik pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan mereka agar sentiasa bersifat pemurah.

Sekiranya Tabung Wira Negara anjuran kerajaan BN berjaya mengumpulkan RM3.2 juta, Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu anjuran PAS paling kurang tentu berjaya mengutip RM 4-5 juta.

Ini kerana Pas yang sering mendakwa lebih Islam dari orang lain sudah pasti akan menyumbang melebihi mereka yang tidak berapa nak Islam.

PMWIRANamun, persoalannya ialah ke mana GHAIBNYA semua sumbangan tersebut? Masakan kutipan yang sebegitu ‘banyak’ tidak dijalankan sebarang ‘audit’? Apakah tiada satu pun jawatankuasa pemantau yang menguruskan tabung tersebut?

Masyarakat perlu mendesak agar parti menjawab semua persoalan dan kekeliruan yang dibangkitkan ini. Atau setidak-tidaknya pengikut, ahli, penyokong dan para dermawan yang telah menyumbang melalui akaun seperti yang pernah dipromosikan oleh Harakah.

Bukanlah niat untuk menuduh PAS  ‘memakan’ jumlah kutipan tabung tersebut, hanya ingin meminta penjelasan bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk.-8/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 November 2013 5:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: